Usaha Secara Kolektif Jana Kecemerlangan Pendidikan: Jamawi

TENOM : Kecemerlangan pendidikan anak-anak bukan sahaja tanggungjawab sekolah atau guru, tetapi ibu bapa sendiri perlu memainkan peranan demi menentukan tahap pencapaian akademik anak-anak mereka.

Exco Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, Jamawi Jaafar, berkata institusi pendidikan merupakan kepentingan awam yang sangat penting dalam pembangunan negara dan umah

Katanya, ibu bapa melalui Persatuan Ibubapa Guru (PIBG) boleh  memainkan peranan yang lebih efektif untuk menjana kemajuan serta kecemerlangan pendidikan di setiap sekolah di negeri ini.

“Keakraban serta semangat berkerja berpasukan antara pihak sekolah dan PIBG amat penting dalam menjayakan agenda kecemerlangan mutu pendidikan anak-anak di sekolah di mana perancangan serta stretegi perlu diberikan tumpuan khusus untuk menjayakanya secara kolektif,” katanya ketika berucap merasmikan  Seminar Miotovasi bagi pelajar yang  menduduki peperiksaan PMR,SPM dan STPM di Dewan SMK Tenom dekat sini.

Lebih dari 300 orang pelajar yang akan menduduki peperiksaan PMR SPM dan STPM  di daerah tersebut termasuk guru-guru hadir ke majlis tersebut dimana pada masa yang sama Jamawi yang juga Ketua Pergerakan Pemuda Umno Tenom turut menyampaikan sumbangan  Yayasan Pendidikan Mara untuk  program score A  bagi pelajar-pelajar yang  memperolehi pencapaian  cemerlang dalam peperiksaan PMR,SPM dan STPM tahun ini di daerah Tenom

Dalam perkembangan yang sama Jamawi juga berharap semua pihak termasuk ibubapa perlu memberikan tumpuan untuk menjana pendidikan yang berkualiti dan cemerlang perlu dilihat sebagai wahana bagi membangunkan generasi alaf baru di dalam era globalisasi

“Sistem pendidikan negara memerlukan usaha usaha yang strategik yang boleh meningkatkan keupayaan dan kemampuan amalannya ke tahap kualiti yang tinggi dan cemerlang agar dapat menangani cabaran cararan abad ke 21” katanya

Advertisements
This entry was posted in Uncategorized. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s